Motif pakai braces?
Aku pakai sebab dulu gigi aku jongang.Ok,nak pakai braces ada banyak prosedur.Aku buat dekat klinik kerajaan je.Tunggu setahun lepastu dah boleh pakai.
Kena bayar berapa?
For your information, list menunggu untuk pakai braces ni,dia utamakan budak sekolah dulu.Masatu aku kena bayar RM700.Aku start check gigi lepas UPSR then form 1 baru pakai braces.
Klinik kesihatan bandar putra segamat.Tu la nama klinik gigi yang sentiasa buat aku rasa berdebar,takut setiap kali appointment.So,prosedur pertama nk pakai braces ni kena buat appointment dulu kat klinik untuk doktor check gigi.
Kena cabut gigi tak?
Bergantung dengan gigi orang tu.Aku kena cabut 2 batang gigi atas untuk bagi space gigi lain untuk bergerak masa pakai braces nanti.Eh sebelum cabut gigi tu kena pergi x-ray dulu.
Lepastu nurse akan buat acuan gigi untuk buat besi gigi.Then doktor akan pasang besi pada gigi.
Sakit tak pakai braces?
Masa pasang tu tak sakit.Lepas dh pasang tu sakit gila.Aku pakai besi atas bawah.So nak gigit makanan tu sakit.Aku makan bubur seminggu.Kurus dah.Pergi sekolah tutup mulut guna tuala sebab kawan kawan kat sekolah first time tengok member dia pakai braces.Dorang yang excited lebih hahaha.Masatu kat sekolah aku sorang je pakai braces.Bangga la juga kahkah.Untuk setahun pertama ni,appointment doktor sebulan sekali untuk ganti besi dan tukar getah.
Macam mana nak berus gigi?
Doktor akan ajar cara nak berus gigi.Korang akan ada 2 berus gigi.Satu,berus gigi biasa.Kedua,berus gigi khas untuk gigi besi.Boleh search kat google berus gigi ni macam mana.Jangan risau,murah je.Boleh beli kat guardian atau watson.Kalau nak gigi lagi bersih guna dental floss setiap kali lepas makan.Boleh juga guna listerine.
Berapa lama nak pakai?
Bergantung kepada gigi :) Macam gigi aku,4 tahun setengah pakai.Lama kan? Seksa gak nak tunggu bila nak buka.
Sakit tak pakai?
Bagi aku sakit.Seminggu makan bubur.Lepastu slow slow makan nasi,ayam.Daging aku dah kurang makan.Tak boleh makan makanana yang keras,chewing gum jangan makan!
Susah kalau dah terlekat kat braces tu dik oi.Sate pun aku jarang makan dah.Kalau nak makan kena separate dulu.
So ini ialah anatomy braces.
0 comments:
Post a Comment